Friday, January 6, 2012

Cara Memilih Kasut Yang Sesuai bagi Wanita Hamil

Kehamilan akan membawa kepada beberapa perubahan dalam diri anda. Secara fizikal, apabila kandungan anda semakin membesar, saiz kaki juga mungkin akan berubah. Selain itu, anda juga perlu memilih kasut yang sesuai dipakai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.

Antara faktor yang perlu diambil kira semasa ingin memilih kasut ialah:-

  • Keselamatan. Anda perlu menitik beratkan pemilihan kasut yang mempunyai tapak yang tidak licin. Ini bagi mengelakkan anda daripada mudah tergelincir semasa berjalan.
  • Flat atau bertapak rendah. Sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli kasut sebegini, ianya lebih bagus dan selamat terutama apabila usia kandungan menginjak ke trimester ketiga kerana ketika ini majority wanita hamil akan berasa sukar untuk ‘balance’kan badan ketika berjalan sekiranya mereka memakai kasut bertumit tinggi.
  • Selesa. Cari kasut yang selesa dipakai. Kasut yang bertapak lembut lebih selesa dipakai apabila berjalan. Jika perlu, ambil saiz yang lebih besar supaya anda selesa memakai kasut tersebut. Semasa mencuba kasut, jalan beberapa kali supaya anda benar-benar puas hati dengan keselesaan kasut tersebut.
  • Slip-on. Ianya lebih mudah bagi anda untuk mamakai kasut  yang ‘slip-on’ berbanding yang bertali.

Kehamilan tidak menghadkan anda daripada memilih kasut yang sesuai dengan anda mengikut masa dan aktiviti yang sedang dilakukan. Anda masih boleh bergaya dengan pelbagai design dan bentuk kasut di pasaran asalkan mengikut ciri-ciri yang disenaraikan di atas.

Happy Shopping!

Tuesday, January 3, 2012

10 Aktiviti Yang Dapat Membentuk Minda Bayi Baru Lahir

Pembentukan minda bayi terjadi sejak di dalam kandungan lagi. Sebanyak 250,000 sel-sel neuron terbentuk setiap minit. Apabila bayi lahir, hampir keseluruhan sel-sel neuron telah terbentuk. Namun, bagaimana pula ibu bapa dapat membentuk minda bagi yang baru lahir. Anda boleh mencuba aktiviti-aktiviti yang dipercayai dapat membantu di dalam pembentukan minda bayi berumur dari 0 hingga 6 bulan.

Aktiviti 1
Belajar melakukan urutan lembut kepada bayi anda. Ini adalah cara pembentukan minda paling utama di mana bayi anda akan mula belajar melalui sentuhan. Urutan boleh dilakukan di keseluruhan badan. Anda boleh mempelajari cara urutan yang betul untuk bayi melalui pembacaan atau menghadiri mana-mana kelas urutan bayi. Atau, anda boleh juga mempelajarinya dari doctor pakar kanak-kanak bayi anda.

Aktiviti 2
Lakukan regangan kepada bayi. Regangan hendaklah dilakukan secara lembut dan tidak perlu terlalu memaksa. Cukup sekadar senaman ringan. Insya-Allah, bayi anda amat menyukainya dan pembentukan otot akan lebih tegap.
Aktiviti 3
Sentiasa berbual bersama bayi anda tidak kira semasa anda sedang menukar lampinnya atau ketika membawanya bersiar-siar. Ini adalah salah satu cara bayi belajar menggunakan bahasa.

Aktiviti 4
Menyanyi/Membaca zikir atau surah-surah al-Quran kepada bayi anda. Apabila diperdengarkan berulang kali kepada bayi, dia akan mula menangkap setiap bait lagu atau ayat al-Quran yang diperdengarkan.

Aktiviti 5
Menayangkan flash card atau buku kecil berwarna di hadapan bayi. Atau, boleh juga apa-apa objek yang berwarna.

Aktiviti 6
Mencuba melakukan pelbagai mimic muka kepada bayi anda. Anda juga boleh mengajuk bunyi yang dibuat oleh bayi anda. Ini membolehkannya belajar tentang persekitaran.

Aktiviti 7
Pelbagaikan posisi dan kedudukan bayi. Jangan biar bayi anda baring terlalu lama semasa dia berjaga. Anda mungkin boleh mendukung, atau dudukkan bayi di paha anda. Jika baring, pelbagaikan posisi; menelentang, mengiring kanan dan kiri, atau meniarap. Ini bagi membolehkan bayi anda menerokai suasana sekelilingnya dan bagi mengelakkan dia berasa bosan.

Aktiviti 8
Lakukan latihan deria bunyi. Anda boleh menggerakkan permainannya yang berbunyi ke lain-lain arah; kiri, kanan, depan dan belakangnya.

Aktiviti 9
Beri bayi anda barang yang lembut seperti ‘cloth book’ atau apa-apa barang sepertinya. Biar bayi anda memegang dan merasa.

Aktiviti 10
Semasa bayi baring menelentang, gerakkan sesuatu objek di hadapannya. Gerakkan pada jarak 12-18 inci dari penglihatannya. Anda akan lihat bayi anda akan mula belajar mengikut arah gerakan tersebut dan akan cuba focus.

Monday, January 2, 2012

Kehamilan Minggu Ke-9

Salam.

Apa yang akan berlaku pada kandungan anda di minggu yang ke-9?

Bayi
  • Kini, dia bukan lagi embrio tetapi fetus dan saiznya adalah lebih kurang 9 inci.
  • Beratnya pula adalah lebih kurang 7oz.
  • Mula membentuk rupa parasnya.

Ibu
Simptom-simptom kehamilan:
  • Loya/Muntah dan juga keletihan.
  • Early pregnancy cramps. Anda boleh merasa cramps disebabkan saiz embrio yang semakin membesar.
  • Kerap terasa ingin membuang air kecil dan angin.
  • Sangat sensitive terhadap bau.
  • Pening dan pernafasan semakin pendek.
  • Pertambahan berat badan.

Sunday, January 1, 2012

Kehamilan Minggu Ke-8

Salam.

Apa yang akan berlaku pada kandungan anda di minggu yang ke-8?

Bayi
  • Purata saiz embrio adalah lebih kurang 63 inci.
  • Deria rasanya mula terbentuk.

Ibu
Simptom-simptom kehamilan:
  • Loya/Muntah dan juga keletihan.
  • Early pregnancy cramps. Anda boleh merasa cramps disebabkan saiz embrio yang semakin membesar.
  • Kerap terasa ingin membuang air kecil dan angin.
  • Sangat sensitive terhadap bau.
  • Mungkin juga mengalami mimpi pelik. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Anda cuma perlu bertenang dan tidak terikut-ikut dengan mainan mimpi tersebut. Biasanya, apabila kandungan anda masuk trimester ke-3, lebih kerap berlaku.

Saturday, December 31, 2011

Kehamilan Minggu Ke-7

Salam.

Apa yang akan berlaku pada kandungan anda di minggu yang ke-7?

Bayi
  • Purata saiz embrio meningkat 2 kali ganda dari minggu ke-6 iaitu lebih kurang 51 inci.
  • Sel-sel otak yang baru mula terbentuk setiap minit.
  • Jantungnya juga mula terbentuk dan berdenyut.
  • Ketika ini, dia mula membentuk buah pinggang.

Ibu
Simptom-simptom kehamilan:
  • Loya/Muntah adalah perkara biasa bagi kehamilan di trimester pertama. Anda mungkin juga terpaksa menghadapi situasi ini sepanjang hari.
  • Selera makan akan mula bertambah. Anda boleh mengambil pemakanan yang sihat. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  • Kerap terasa ingin membuang air kecil.
  • Beremosi.

Friday, December 30, 2011

Kehamilan Minggu Ke-6

Salam.

Apa yang akan berlaku pada kandungan anda di minggu yang ke-6?

Bayi
  • Purata saiz embrio adalah lebih kurang 25 inci.
  • Ketika ini, dia mula membentuk rupa parasnya (hidung, mata, telinga, dagu dan pipi).
  • Dia akan mula melakukan pergerakan tangan dan kakinya.

Ibu
Simptom-simptom kehamilan:
  • Keletihan/Kepenatan disebabkan anda masih lagi dalam proses membiasakan diri dengan perubahan hormon.
  • Loya/Muntah adalah perkara biasa bagi kehamilan di trimester pertama. Anda mungkin juga terpaksa menghadapi situasi ini sepanjang hari.
  • Breast anda mula membesar dan tegang. Anda mungkin berasa seperti keadaan semasa mengalami haid.
  • Mood yang tidak menentu disebabkan perubahan hormone.

Thursday, December 29, 2011

8 Tips Menangani Tekanan Semasa Berpantang

Salam.

Bertemu lagi untuk lain-lain topic berkaitan bayi dan anda. Kali ini, saya ingin berkongsi tentang cara untuk berhadapan dengan tekanan semasa dalam pantang.

Terdapat perbezaan semasa saya berpantang anak yang sulung dan kedua. Perbezaan paling ketara ialah, semasa berpantang yang sulung, saya berpantang di rumah mak. Manakala, berpantang anak yang kedua, saya membuat keputusan untuk berpantang sendirian di rumah saya sendiri.

Sebenarnya berpantang sendirian bukanlah suatu perkara yang mudah. Semasa berpantang di rumah mak, saya tidak mengalami tekanan sepanjang tempoh berpantang. Tetapi, apabila berpantang anak yang kedua, saya mengalami tekanan hampir sepanjang tempoh berpantang.

Tips-tips berikut boleh dijadikan panduan bagi anda yang akan berpantang.

  1. Dapatkan masa rehat yang secukupnya. Anda cuba untuk tidur semasa bayi anda sedang tidur. Inilah yang saya lakukan semasa berpantang anak yang sulung. Tetapi apabila berpantang sendirian, kita terpaksa melakukan segalanya sendirian. Semasa anak tidurlah kita nak mandi, masak, makan, dan macam-macam benda lagi yang kita nak lakukan. Jadi, kita tiada masa untuk rehat. Ini tidak sepatutnya berlaku. Sebaiknya, cari seseorang yang dapat membantu kita menguruskan anak dan rumah.
  2. Ingat Allah. Cuba tenangkan diri mengingati yang Maha Esa. Tarik nafas sedalam-dalamnya beberapa kali sehingga anda berasa benar-benar tenang dan kosongkan minda.
  3. Makan berkhasiat. Makan makanan yang berkhasiat semasa dalam pantang. Namun, mana-mana makanan yang dipercayai tidak berapa elok dimakan semasa berpantang, cuba elakkan. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Terutama bagi mereka yang menyusui anak, banyakkan minum air masak supaya badan tidak kering. Boleh cuba makan dalam kuantiti yang sedikit dalam suatu masa tetapi kerap. Ingat, jangan biar perut kosong semasa dalam pantang.
  4. Ambil masa untuk mempersiapkan diri. Berpantang tidak bermakna anda perlu kelihatan selekeh. Cuba siapkan diri anda sebaiknya untuk meningkatkan keyakinan diri.
  5. Sentiasa senyum dan ketawa.
  6. Selalu berdoa supaya Allah tenangkan hati dan perasaan. Allah sentiasa berada di samping hamba-hambanya. Ada tips dari ibu saudara yang menyuruh saya mengamalkan doa ini; Allahummainni a’uzubikaminal hammiwalhazan, Wa a’uzubikaminal ‘ajziwalkasal, wa a’uzubikaminal jubniwal bukh, wa a’uzubikamin gholabatiddai niwakhohrirrijal (Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kerunsingan dan dukacita; aku berlindung dengan-Mu dari kelemahan dan kemalasan; aku berlindung dengan-Mu dari perasaan penakut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu dari belenggu hutang dan kekasaran orang).
  7.  Lakukan perkara yang anda suka (selagi bukan aktiviti fizikal yang berat).
  8. Luahkan perasaan kepada orang yang terdekat dengan anda. Di sini, kebiasaannya seorang isteri benar-benar memerlukan sokongan dan bantuan dari suami.

Ibu-ibu, tekanan semasa berada di dalam pantang amat mengganggu fikiran. Cuba lakukan tips-tips yang diberi di atas. Insya-Allah, mudah-mudahan dengan izin-Nya anda mampu menangani segalanya. Sekian, jumpa lagi.