Tuesday, September 25, 2012

Perancangan Kewangan Keluarga Yang Terbaik


Perancangan kewangan keluarga sebenarnya telah bermula sebelum anda berkahwin lagi. Ianya sepatutnya dilakukan sedari anda masih kecil, seawal usia 1 bulan. Ibu bapa anda mungkin telah terlepas peluang ini, namun bagaimana pula dengan anda sebagai bakal ibu/bapa atau anda merupakan ibu/bapa yang mempunyai anak/anak-anak yang sedang membesar? Tidakkah anda kerap berfikir tentang masa depan mereka? Keperluan asas seperti susu, pakaian, diaper? Keperluan kewangan yang lebih apabila anak-anak terpaksa dibawa ke klinik mahupun hospital? Anda menginginkan anak-anak anda mendapat pembelajaran sempurna sehingga ke menara gading? Keperluan kewangan semasa anak-anak anda meneruskan usaha mendapatkan ilmu yang berguna untuk masa hadapan mereka? Bagaimana pula sekiranya anda meninggal dunia pada masa anak-anak masih membesar?

Kesemua persoalan di atas biasanya sering bermain di fikiran anda sebagai ibu/bapa. Semua ibu/bapa berusaha memberi yang terbaik untuk anak-anak. Namun, majority ibu/bapa terlupa untuk menabung untuk anak-anak. Anda masih berfikir dan masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk menabung bagi memenuhi kesemua keperluan di atas? Saya ingin mencadang dan menggalakkan anda untuk memohon insurans (life insurance/takaful).


Insurans/takaful? Apabila ada agen insurans yang menelefon atau mengajak anda untuk mendengar keterangan yang lebih lanjut, anda sering mengelak apabila mendengar perkataan ini kkeluar dari mulut mereka. Dengar sahaja mereka memperkenalkan diri sebagai agen pun, anda sudah mula mengelak dari mereka meneruskan perbualan. Apa kata, selepas ini anda cuba memberi peluang kepada agen-agen ini untuk mewar-warkan kepada anda informasi tentang pelan-pelan mereka. Mana tahu, mungkin ada yang sesuai dengan kehendak anda.

Dan, saya lebih menggalakkan para ibu/bapa untuk mengambil insurans yang mempunyai pelan 3 dalam 1. Ini adalah kerana premium yang perlu anda bayar secara bulanan adalah lebih MURAH dan BERBALOI-BALOI untuk masa depan anda sekeluarga. Pelan ini merangkumi coverage untuk nyawa, perubatan, dan pelaburan/simpanan. Jika anda memohon insurans bagi anak anda seawal usianya 1 bulan adalah lebih BERBALOI-BALOI. Jika ingin tahu kenapa, anda boleh sms ke 013-330 2356 bagi membuat temujanji. 

Wednesday, June 6, 2012

Healthy Pregnancy, Healthy Baby: Folic Acid for Women

Mengapa Perlu Nursing Bra?


Apa itu nursing bra?
Nursing bra dibuat khas untuk ibu-ibu yang menyusui bayi. Ia berlainan sedikit dari bra-bra biasa yang terdapat di pasaran di mana terdapat klip bukaan di bahagian nipple. Ini adalah untuk memberi lebih keselesaan kepada anda yang menyusui bayi tanpa perlu menanggalkan bra mahupun menyekat pengeluaran susu yang akan menyebabkan anda mengalami masalah bengkak  susu. Klip bukaan juga mudah untuk dibuka dan dipasang kembali dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada anda apabila menyusui bayi di tempat awam.

Mengapa kebanyakan nursing bra yang terdapat di pasaran non-wired bra?
Ibu-ibu menyusu tidak digalakkan untuk memakai wired bra. Ini adalah kerana ianya boleh menyekat pengeluaran susu yang akan membawa kepada breast menjadi bengkak. Untuk memulihkannya, anda mungkin akan diberi anti-biotik oleh doctor dan akan mengganggu rutin penyusuan.

Bila masa yang sesuai untuk membeli nursing bra?
Bagi anda yang sedang mengandung bolehlah mula membeli nursing bra pada usia kandungan berada di trimester ketiga. Kebiasaannya pada masa ini, saiz bra sudah boleh ditentukan. Biasanya semasa mengandung, saiz bra akan naik 2-4 band dan cup size.

Bagaimana memilih dan menentukan saiz bra yang betul?
Ambil pita pengukur, berdiri tegak dan ukur lilit badan di bahagian atas dada di bawah ketiak. Setelah dapat bacaan tersebut merupakan saiz bra anda. Sekiranya bacaan adalah nombor ganjil, +1. Sekiranya bacaan adalah nombor genap .5, -0.5. Contoh; bacaan 34.5, maka saiz bra ialah 34. Tetapi sekiranya bacaan adalah 35, maka saiz bra ialah 36.

Untuk mengetahui saiz cup pula buat ukur lilit badan seperti tadi tetapi lilitan diukur di nipple. Bacaan ini hendaklah ditolak dengan saiz bra. Beza bacaan ini menetukan saiz cup anda.
          
  Beza 1 = A
  Beza 2 = B
  Beza 3 = C
  Beza 4 = D

Bagaimana cara basuhan yang betul untuk nursing bra?
Cara ini tidak hanya khas untuk nursing bra tetapi untuk semua lingerie. Basuhan tangan adalah yang terbaik dengan hanya menggunakan sedikit sabun pencuci biasa. Jika menggunakan mesin basuh, seelok-eloknya masukkan lingerie di dalam laundry net. Sidai di kawasan yang bukan direct kepada matahari.

Di mana nursing bra boleh didapati?
Saya mencadangkan agar anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 nursing bra. Di sini, terdapat pelbagai design dan saiz nursing bra untuk dipilih. Terdapat promosi nursing bra, beli 3 percuma 1 laundry net.

Harga untuk sehelai nursing bra ialah RM37.90 + RM6.00 (Caj penghantaran). Manakala harga untuk promosi (beli 3 percuma 1 laundry net) ialah RM110.00 + RM7.00 (Caj penghantaran).

Order boleh dibuat melalui email ke simplygetit@yahoo.com atau sms ke 013-330 2356. Penghantaran pada setiap hari Isnin-Jumaat. Penghantaran pada hari yang sama adalah setelah pembayaran disahkan sebelum pukul 9 pagi. Pengesahan pembayaran selepas waktu tersebut akan dibuat pada keesokan harinya.

KB-01

KB-02

KB-03

KB-04

KB-05

KB-06

KB-07

KB-08

KB-09

KB-10

KB-11

KB-12

KB-13








Wednesday, February 15, 2012

Bayi Dalam Kandungan dan Rezeki

Salam.
Sudah terlalu lama rasanya tidak mencurah idea dan informasi di dalam blog ini. Tajuk hari ini ialah ‘Bayi Dalam Kandungan dan Rezeki’. Pernahkah anda terfikir, mampukah aku untuk menyediakan keperluan bayi yang berada di dalam kandungan ini, sedangkan dalam keadaan sekarangpun (situasi semasa) apa yang diperoleh tiap-tiap bulan adalah cukup-cukup untuk perbelanjaan bulan tersebut? Bagaimana nak menanggung satu lagi tanggungan yang merupakan tanggungjawab terbesar bagi ibu bapa?

Jika ini dipersoalkan di hadapan orang lain, pasti jawapannya ialah ‘Insya-Allah, setiap anak itu ada rezeki masing-masing’. Jawapan ini adalah jawapan paling selamat untuk menyedapkan hati para bakal ibu dan bapa di luar sana. Namun, dari mana datangnya rezeki tersebut? Tidak lain dan tidak bukan hanya dari Allah Yang Maha Esa. Ini dijelaskan dalam salah satu hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud; “Sesungguhnya seseorang daripada kamu dihimpunkan kejadiannya dalam rahim ibunya empat puluh hari sebagai setitis mani, kemudian dia menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama juga, kemudian dia bertukar menjadi seketul dagingjuga dalam tempoh yang sama, kemudian diutuskan kepadanya malaikat untuk meniupkan roh padanya dan diperintahkan juga oleh Allah akan malaikat itu untuk menulis empat perkara iaitu amalnya, rezekinya, ajalnya, dan adakah dia orang yang celaka atau bahagia...”

Keempat-empat perkara yang telah ditulis oleh malaikat dengan perintah Allah S.W.T. boleh berubah setelah lahirnya bayi tersebut ke dunia ini. Ini adalah kerana bayi tersebut diberi kebebasan oleh Allah S.W.T. untuk berusaha dan berikhtiar bagi menentukan nasibnya di masa akan datang. Di awal kelahirannya, anda sebagai ibu harus memainkan peranan utama di dalam mencorakkan masa depan dan rezekinya. Doa ibu adalah senjata bagi anak yang dapat mengubah nasib anak tersebut. Berdoa, berdoa, dan terus berdoa tanpa henti. Mengeluarkan kata-kata yang baik-baik sahaja untuk anak-anak.

Dari pengalaman saya yang baru sahaja menjadi ibu selama 2 tahun ini, saya perasan yang anak saya mudah mengikut kata-kata yang keluar dari mulut saya dan suami. Sekiranya pujian dan penghargaan yang sering diberikan, dia juga akan turut melakukan perkara yang sama kepada adiknya. Doa saya yang tidak pernah putus buat anak saya Zara Damia Binti Mohd Najib, Muhammad Izz Irfan Bin Mohd Najib, dan bayi dalam kandungan yang hampir mencecah usia 31 minggu; ‘Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, jadikan anak-anakku seorang anak yang soleh dan solehah, tetapkan iman mereka dalam Islam, sentiasa taat dan patuh pada perintahMu, mengikut ajaran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W, taat kepada aku dan suami sebagai ibu bapa mereka, menjadi seorang yang berilmu dan rajin mencari dan menambah ilmu pengetahuan berguna, menjadi seorang yang cerdik akal, berpekerti mulia. Sesungguhnya Engkau Maha Kaya Ya Allah, limpahkanlah kekayaanMu ke atas anak-anakku, murahkan rezeki mereka dan Engkau permudahkanlah urusan mereka. Jauhilah mereka dari perkara-perkara maksiat dan sentiasa beri petunjuk dan hidayah kepada mereka ke jalanMu yang benar. Juga tidak lupa jadikan aku dan suamiku ibu bapa yang dapat mendidik anak-anak kami mengikut petunjuk jalan yang diberkati dan diredhaiMu. Ameen.’

Sekian dulu, wassalam.

Thursday, February 2, 2012

3 Petua Mudah Melahirkan Bayi

Berikut adalah 3 petua bagi memudahkan kelahiran bayi. Anda boleh mencuba, Insya-Allah berhasil dengan izin-Nya.
  1. Amalkan minum air kelapa muda sekurang-kurangnya 1 kali seminggu apabila kandungan anda mula mencecah usia 8 bulan/32 minggu.
  2. Amalkan memakan buah kurma untuk memberi dan menambah tenaga ibu.
  3. Usap perut anda dan bercakap dengan bayi dalam kandungan supaya dia berada di kedudukan yang betul dan bersedia untuk keluar dengan mudah apabila tiba masanya. Lebih elok lagi jika anda menyatakan keterujaan anda untuk menerima kehadirannya secepat mungkin.

Friday, January 6, 2012

Cara Memilih Kasut Yang Sesuai bagi Wanita Hamil

Kehamilan akan membawa kepada beberapa perubahan dalam diri anda. Secara fizikal, apabila kandungan anda semakin membesar, saiz kaki juga mungkin akan berubah. Selain itu, anda juga perlu memilih kasut yang sesuai dipakai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.

Antara faktor yang perlu diambil kira semasa ingin memilih kasut ialah:-

  • Keselamatan. Anda perlu menitik beratkan pemilihan kasut yang mempunyai tapak yang tidak licin. Ini bagi mengelakkan anda daripada mudah tergelincir semasa berjalan.
  • Flat atau bertapak rendah. Sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli kasut sebegini, ianya lebih bagus dan selamat terutama apabila usia kandungan menginjak ke trimester ketiga kerana ketika ini majority wanita hamil akan berasa sukar untuk ‘balance’kan badan ketika berjalan sekiranya mereka memakai kasut bertumit tinggi.
  • Selesa. Cari kasut yang selesa dipakai. Kasut yang bertapak lembut lebih selesa dipakai apabila berjalan. Jika perlu, ambil saiz yang lebih besar supaya anda selesa memakai kasut tersebut. Semasa mencuba kasut, jalan beberapa kali supaya anda benar-benar puas hati dengan keselesaan kasut tersebut.
  • Slip-on. Ianya lebih mudah bagi anda untuk mamakai kasut  yang ‘slip-on’ berbanding yang bertali.

Kehamilan tidak menghadkan anda daripada memilih kasut yang sesuai dengan anda mengikut masa dan aktiviti yang sedang dilakukan. Anda masih boleh bergaya dengan pelbagai design dan bentuk kasut di pasaran asalkan mengikut ciri-ciri yang disenaraikan di atas.

Happy Shopping!

Tuesday, January 3, 2012

10 Aktiviti Yang Dapat Membentuk Minda Bayi Baru Lahir

Pembentukan minda bayi terjadi sejak di dalam kandungan lagi. Sebanyak 250,000 sel-sel neuron terbentuk setiap minit. Apabila bayi lahir, hampir keseluruhan sel-sel neuron telah terbentuk. Namun, bagaimana pula ibu bapa dapat membentuk minda bagi yang baru lahir. Anda boleh mencuba aktiviti-aktiviti yang dipercayai dapat membantu di dalam pembentukan minda bayi berumur dari 0 hingga 6 bulan.

Aktiviti 1
Belajar melakukan urutan lembut kepada bayi anda. Ini adalah cara pembentukan minda paling utama di mana bayi anda akan mula belajar melalui sentuhan. Urutan boleh dilakukan di keseluruhan badan. Anda boleh mempelajari cara urutan yang betul untuk bayi melalui pembacaan atau menghadiri mana-mana kelas urutan bayi. Atau, anda boleh juga mempelajarinya dari doctor pakar kanak-kanak bayi anda.

Aktiviti 2
Lakukan regangan kepada bayi. Regangan hendaklah dilakukan secara lembut dan tidak perlu terlalu memaksa. Cukup sekadar senaman ringan. Insya-Allah, bayi anda amat menyukainya dan pembentukan otot akan lebih tegap.
Aktiviti 3
Sentiasa berbual bersama bayi anda tidak kira semasa anda sedang menukar lampinnya atau ketika membawanya bersiar-siar. Ini adalah salah satu cara bayi belajar menggunakan bahasa.

Aktiviti 4
Menyanyi/Membaca zikir atau surah-surah al-Quran kepada bayi anda. Apabila diperdengarkan berulang kali kepada bayi, dia akan mula menangkap setiap bait lagu atau ayat al-Quran yang diperdengarkan.

Aktiviti 5
Menayangkan flash card atau buku kecil berwarna di hadapan bayi. Atau, boleh juga apa-apa objek yang berwarna.

Aktiviti 6
Mencuba melakukan pelbagai mimic muka kepada bayi anda. Anda juga boleh mengajuk bunyi yang dibuat oleh bayi anda. Ini membolehkannya belajar tentang persekitaran.

Aktiviti 7
Pelbagaikan posisi dan kedudukan bayi. Jangan biar bayi anda baring terlalu lama semasa dia berjaga. Anda mungkin boleh mendukung, atau dudukkan bayi di paha anda. Jika baring, pelbagaikan posisi; menelentang, mengiring kanan dan kiri, atau meniarap. Ini bagi membolehkan bayi anda menerokai suasana sekelilingnya dan bagi mengelakkan dia berasa bosan.

Aktiviti 8
Lakukan latihan deria bunyi. Anda boleh menggerakkan permainannya yang berbunyi ke lain-lain arah; kiri, kanan, depan dan belakangnya.

Aktiviti 9
Beri bayi anda barang yang lembut seperti ‘cloth book’ atau apa-apa barang sepertinya. Biar bayi anda memegang dan merasa.

Aktiviti 10
Semasa bayi baring menelentang, gerakkan sesuatu objek di hadapannya. Gerakkan pada jarak 12-18 inci dari penglihatannya. Anda akan lihat bayi anda akan mula belajar mengikut arah gerakan tersebut dan akan cuba focus.