Perancangan kewangan
keluarga sebenarnya telah bermula sebelum anda berkahwin lagi. Ianya sepatutnya
dilakukan sedari anda masih kecil, seawal usia 1 bulan. Ibu bapa anda mungkin
telah terlepas peluang ini, namun bagaimana pula dengan anda sebagai bakal
ibu/bapa atau anda merupakan ibu/bapa yang mempunyai anak/anak-anak yang sedang
membesar? Tidakkah anda kerap berfikir tentang masa depan mereka? Keperluan
asas seperti susu, pakaian, diaper? Keperluan kewangan yang lebih apabila
anak-anak terpaksa dibawa ke klinik mahupun hospital? Anda menginginkan
anak-anak anda mendapat pembelajaran sempurna sehingga ke menara gading?
Keperluan kewangan semasa anak-anak anda meneruskan usaha mendapatkan ilmu yang
berguna untuk masa hadapan mereka? Bagaimana pula sekiranya anda meninggal
dunia pada masa anak-anak masih membesar?
Kesemua persoalan di
atas biasanya sering bermain di fikiran anda sebagai ibu/bapa. Semua ibu/bapa
berusaha memberi yang terbaik untuk anak-anak. Namun, majority ibu/bapa terlupa
untuk menabung untuk anak-anak. Anda masih berfikir dan masih tercari-cari
tempat yang sesuai untuk menabung bagi memenuhi kesemua keperluan di atas? Saya
ingin mencadang dan menggalakkan anda untuk memohon insurans (life
insurance/takaful).
Insurans/takaful?
Apabila ada agen insurans yang menelefon atau mengajak anda untuk mendengar
keterangan yang lebih lanjut, anda sering mengelak apabila mendengar perkataan
ini kkeluar dari mulut mereka. Dengar sahaja mereka memperkenalkan diri sebagai
agen pun, anda sudah mula mengelak dari mereka meneruskan perbualan. Apa kata,
selepas ini anda cuba memberi peluang kepada agen-agen ini untuk mewar-warkan kepada
anda informasi tentang pelan-pelan mereka. Mana tahu, mungkin ada yang sesuai
dengan kehendak anda.
Dan, saya lebih
menggalakkan para ibu/bapa untuk mengambil insurans yang mempunyai pelan 3
dalam 1. Ini adalah kerana premium yang perlu anda bayar secara bulanan adalah
lebih MURAH dan BERBALOI-BALOI untuk masa depan anda sekeluarga. Pelan ini
merangkumi coverage untuk nyawa, perubatan, dan pelaburan/simpanan. Jika anda
memohon insurans bagi anak anda seawal usianya 1 bulan adalah lebih BERBALOI-BALOI. Jika ingin tahu kenapa,
anda boleh sms ke 013-330
2356
bagi membuat temujanji.
No comments:
Post a Comment