Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Mengapa Perlu Nursing Bra?


Apa itu nursing bra?
Nursing bra dibuat khas untuk ibu-ibu yang menyusui bayi. Ia berlainan sedikit dari bra-bra biasa yang terdapat di pasaran di mana terdapat klip bukaan di bahagian nipple. Ini adalah untuk memberi lebih keselesaan kepada anda yang menyusui bayi tanpa perlu menanggalkan bra mahupun menyekat pengeluaran susu yang akan menyebabkan anda mengalami masalah bengkak  susu. Klip bukaan juga mudah untuk dibuka dan dipasang kembali dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada anda apabila menyusui bayi di tempat awam.

Mengapa kebanyakan nursing bra yang terdapat di pasaran non-wired bra?
Ibu-ibu menyusu tidak digalakkan untuk memakai wired bra. Ini adalah kerana ianya boleh menyekat pengeluaran susu yang akan membawa kepada breast menjadi bengkak. Untuk memulihkannya, anda mungkin akan diberi anti-biotik oleh doctor dan akan mengganggu rutin penyusuan.

Bila masa yang sesuai untuk membeli nursing bra?
Bagi anda yang sedang mengandung bolehlah mula membeli nursing bra pada usia kandungan berada di trimester ketiga. Kebiasaannya pada masa ini, saiz bra sudah boleh ditentukan. Biasanya semasa mengandung, saiz bra akan naik 2-4 band dan cup size.

Bagaimana memilih dan menentukan saiz bra yang betul?
Ambil pita pengukur, berdiri tegak dan ukur lilit badan di bahagian atas dada di bawah ketiak. Setelah dapat bacaan tersebut merupakan saiz bra anda. Sekiranya bacaan adalah nombor ganjil, +1. Sekiranya bacaan adalah nombor genap .5, -0.5. Contoh; bacaan 34.5, maka saiz bra ialah 34. Tetapi sekiranya bacaan adalah 35, maka saiz bra ialah 36.

Untuk mengetahui saiz cup pula buat ukur lilit badan seperti tadi tetapi lilitan diukur di nipple. Bacaan ini hendaklah ditolak dengan saiz bra. Beza bacaan ini menetukan saiz cup anda.
          
  Beza 1 = A
  Beza 2 = B
  Beza 3 = C
  Beza 4 = D

Bagaimana cara basuhan yang betul untuk nursing bra?
Cara ini tidak hanya khas untuk nursing bra tetapi untuk semua lingerie. Basuhan tangan adalah yang terbaik dengan hanya menggunakan sedikit sabun pencuci biasa. Jika menggunakan mesin basuh, seelok-eloknya masukkan lingerie di dalam laundry net. Sidai di kawasan yang bukan direct kepada matahari.

Di mana nursing bra boleh didapati?
Saya mencadangkan agar anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 nursing bra. Di sini, terdapat pelbagai design dan saiz nursing bra untuk dipilih. Terdapat promosi nursing bra, beli 3 percuma 1 laundry net.

Harga untuk sehelai nursing bra ialah RM37.90 + RM6.00 (Caj penghantaran). Manakala harga untuk promosi (beli 3 percuma 1 laundry net) ialah RM110.00 + RM7.00 (Caj penghantaran).

Order boleh dibuat melalui email ke simplygetit@yahoo.com atau sms ke 013-330 2356. Penghantaran pada setiap hari Isnin-Jumaat. Penghantaran pada hari yang sama adalah setelah pembayaran disahkan sebelum pukul 9 pagi. Pengesahan pembayaran selepas waktu tersebut akan dibuat pada keesokan harinya.

KB-01

KB-02

KB-03

KB-04

KB-05

KB-06

KB-07

KB-08

KB-09

KB-10

KB-11

KB-12

KB-13








Thursday, December 29, 2011

8 Tips Menangani Tekanan Semasa Berpantang

Salam.

Bertemu lagi untuk lain-lain topic berkaitan bayi dan anda. Kali ini, saya ingin berkongsi tentang cara untuk berhadapan dengan tekanan semasa dalam pantang.

Terdapat perbezaan semasa saya berpantang anak yang sulung dan kedua. Perbezaan paling ketara ialah, semasa berpantang yang sulung, saya berpantang di rumah mak. Manakala, berpantang anak yang kedua, saya membuat keputusan untuk berpantang sendirian di rumah saya sendiri.

Sebenarnya berpantang sendirian bukanlah suatu perkara yang mudah. Semasa berpantang di rumah mak, saya tidak mengalami tekanan sepanjang tempoh berpantang. Tetapi, apabila berpantang anak yang kedua, saya mengalami tekanan hampir sepanjang tempoh berpantang.

Tips-tips berikut boleh dijadikan panduan bagi anda yang akan berpantang.

  1. Dapatkan masa rehat yang secukupnya. Anda cuba untuk tidur semasa bayi anda sedang tidur. Inilah yang saya lakukan semasa berpantang anak yang sulung. Tetapi apabila berpantang sendirian, kita terpaksa melakukan segalanya sendirian. Semasa anak tidurlah kita nak mandi, masak, makan, dan macam-macam benda lagi yang kita nak lakukan. Jadi, kita tiada masa untuk rehat. Ini tidak sepatutnya berlaku. Sebaiknya, cari seseorang yang dapat membantu kita menguruskan anak dan rumah.
  2. Ingat Allah. Cuba tenangkan diri mengingati yang Maha Esa. Tarik nafas sedalam-dalamnya beberapa kali sehingga anda berasa benar-benar tenang dan kosongkan minda.
  3. Makan berkhasiat. Makan makanan yang berkhasiat semasa dalam pantang. Namun, mana-mana makanan yang dipercayai tidak berapa elok dimakan semasa berpantang, cuba elakkan. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Terutama bagi mereka yang menyusui anak, banyakkan minum air masak supaya badan tidak kering. Boleh cuba makan dalam kuantiti yang sedikit dalam suatu masa tetapi kerap. Ingat, jangan biar perut kosong semasa dalam pantang.
  4. Ambil masa untuk mempersiapkan diri. Berpantang tidak bermakna anda perlu kelihatan selekeh. Cuba siapkan diri anda sebaiknya untuk meningkatkan keyakinan diri.
  5. Sentiasa senyum dan ketawa.
  6. Selalu berdoa supaya Allah tenangkan hati dan perasaan. Allah sentiasa berada di samping hamba-hambanya. Ada tips dari ibu saudara yang menyuruh saya mengamalkan doa ini; Allahummainni a’uzubikaminal hammiwalhazan, Wa a’uzubikaminal ‘ajziwalkasal, wa a’uzubikaminal jubniwal bukh, wa a’uzubikamin gholabatiddai niwakhohrirrijal (Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kerunsingan dan dukacita; aku berlindung dengan-Mu dari kelemahan dan kemalasan; aku berlindung dengan-Mu dari perasaan penakut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu dari belenggu hutang dan kekasaran orang).
  7.  Lakukan perkara yang anda suka (selagi bukan aktiviti fizikal yang berat).
  8. Luahkan perasaan kepada orang yang terdekat dengan anda. Di sini, kebiasaannya seorang isteri benar-benar memerlukan sokongan dan bantuan dari suami.

Ibu-ibu, tekanan semasa berada di dalam pantang amat mengganggu fikiran. Cuba lakukan tips-tips yang diberi di atas. Insya-Allah, mudah-mudahan dengan izin-Nya anda mampu menangani segalanya. Sekian, jumpa lagi.