Saturday, October 29, 2011

Anemia Ketika Hamil

Salam.

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil mudah terdedah kepada masalah anemia. Anemia atau dalam bahasa biasa disebut kurang kepekatan sel darah merah. Ianya adalah suatu keadaan di mana wanita mengandung dikehendaki mengambil ujian hB dan apabila keputusan yang keluar menunjukkan kepekatan kurang dari 11, maka wanita tersebut dikatakan mempunyai masalah anemia.

Kenapa anemia?
Anemia biasa terjadi kepada wanita hamil disebabkan kekurangan zat besi dalam jumlah pemakanan. Wanita hamil memerlukan jumlah zat besi yang lebih (extra) jika dibandingkan dengan wanita yang tidak hamil. Ini adalah kerana wanita hamil itu akan menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi yang dikandungnya. Anemia akan menyebabkan seseorang wanita yang hamil itu berasa terlalu letih dan pernafasan yang pendek.

Disebabkan itu, biasanya wanita hamil akan dibekalkan dengan beberapa vitamin termasuk asid folic untuk mengurangkan masalah anemia. Selain itu, digalakkan juga untuk makan lebih sayur-sayuran berdaun hijau, hati, kerang, dan tidak lupa pengambilan buah-buahan di dalam diet seharian.

No comments:

Post a Comment