Friday, January 6, 2012

Cara Memilih Kasut Yang Sesuai bagi Wanita Hamil

Kehamilan akan membawa kepada beberapa perubahan dalam diri anda. Secara fizikal, apabila kandungan anda semakin membesar, saiz kaki juga mungkin akan berubah. Selain itu, anda juga perlu memilih kasut yang sesuai dipakai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.

Antara faktor yang perlu diambil kira semasa ingin memilih kasut ialah:-

  • Keselamatan. Anda perlu menitik beratkan pemilihan kasut yang mempunyai tapak yang tidak licin. Ini bagi mengelakkan anda daripada mudah tergelincir semasa berjalan.
  • Flat atau bertapak rendah. Sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli kasut sebegini, ianya lebih bagus dan selamat terutama apabila usia kandungan menginjak ke trimester ketiga kerana ketika ini majority wanita hamil akan berasa sukar untuk ‘balance’kan badan ketika berjalan sekiranya mereka memakai kasut bertumit tinggi.
  • Selesa. Cari kasut yang selesa dipakai. Kasut yang bertapak lembut lebih selesa dipakai apabila berjalan. Jika perlu, ambil saiz yang lebih besar supaya anda selesa memakai kasut tersebut. Semasa mencuba kasut, jalan beberapa kali supaya anda benar-benar puas hati dengan keselesaan kasut tersebut.
  • Slip-on. Ianya lebih mudah bagi anda untuk mamakai kasut  yang ‘slip-on’ berbanding yang bertali.

Kehamilan tidak menghadkan anda daripada memilih kasut yang sesuai dengan anda mengikut masa dan aktiviti yang sedang dilakukan. Anda masih boleh bergaya dengan pelbagai design dan bentuk kasut di pasaran asalkan mengikut ciri-ciri yang disenaraikan di atas.

Happy Shopping!

Tuesday, January 3, 2012

10 Aktiviti Yang Dapat Membentuk Minda Bayi Baru Lahir

Pembentukan minda bayi terjadi sejak di dalam kandungan lagi. Sebanyak 250,000 sel-sel neuron terbentuk setiap minit. Apabila bayi lahir, hampir keseluruhan sel-sel neuron telah terbentuk. Namun, bagaimana pula ibu bapa dapat membentuk minda bagi yang baru lahir. Anda boleh mencuba aktiviti-aktiviti yang dipercayai dapat membantu di dalam pembentukan minda bayi berumur dari 0 hingga 6 bulan.

Aktiviti 1
Belajar melakukan urutan lembut kepada bayi anda. Ini adalah cara pembentukan minda paling utama di mana bayi anda akan mula belajar melalui sentuhan. Urutan boleh dilakukan di keseluruhan badan. Anda boleh mempelajari cara urutan yang betul untuk bayi melalui pembacaan atau menghadiri mana-mana kelas urutan bayi. Atau, anda boleh juga mempelajarinya dari doctor pakar kanak-kanak bayi anda.

Aktiviti 2
Lakukan regangan kepada bayi. Regangan hendaklah dilakukan secara lembut dan tidak perlu terlalu memaksa. Cukup sekadar senaman ringan. Insya-Allah, bayi anda amat menyukainya dan pembentukan otot akan lebih tegap.
Aktiviti 3
Sentiasa berbual bersama bayi anda tidak kira semasa anda sedang menukar lampinnya atau ketika membawanya bersiar-siar. Ini adalah salah satu cara bayi belajar menggunakan bahasa.

Aktiviti 4
Menyanyi/Membaca zikir atau surah-surah al-Quran kepada bayi anda. Apabila diperdengarkan berulang kali kepada bayi, dia akan mula menangkap setiap bait lagu atau ayat al-Quran yang diperdengarkan.

Aktiviti 5
Menayangkan flash card atau buku kecil berwarna di hadapan bayi. Atau, boleh juga apa-apa objek yang berwarna.

Aktiviti 6
Mencuba melakukan pelbagai mimic muka kepada bayi anda. Anda juga boleh mengajuk bunyi yang dibuat oleh bayi anda. Ini membolehkannya belajar tentang persekitaran.

Aktiviti 7
Pelbagaikan posisi dan kedudukan bayi. Jangan biar bayi anda baring terlalu lama semasa dia berjaga. Anda mungkin boleh mendukung, atau dudukkan bayi di paha anda. Jika baring, pelbagaikan posisi; menelentang, mengiring kanan dan kiri, atau meniarap. Ini bagi membolehkan bayi anda menerokai suasana sekelilingnya dan bagi mengelakkan dia berasa bosan.

Aktiviti 8
Lakukan latihan deria bunyi. Anda boleh menggerakkan permainannya yang berbunyi ke lain-lain arah; kiri, kanan, depan dan belakangnya.

Aktiviti 9
Beri bayi anda barang yang lembut seperti ‘cloth book’ atau apa-apa barang sepertinya. Biar bayi anda memegang dan merasa.

Aktiviti 10
Semasa bayi baring menelentang, gerakkan sesuatu objek di hadapannya. Gerakkan pada jarak 12-18 inci dari penglihatannya. Anda akan lihat bayi anda akan mula belajar mengikut arah gerakan tersebut dan akan cuba focus.

Monday, January 2, 2012

Kehamilan Minggu Ke-9

Salam.

Apa yang akan berlaku pada kandungan anda di minggu yang ke-9?

Bayi
  • Kini, dia bukan lagi embrio tetapi fetus dan saiznya adalah lebih kurang 9 inci.
  • Beratnya pula adalah lebih kurang 7oz.
  • Mula membentuk rupa parasnya.

Ibu
Simptom-simptom kehamilan:
  • Loya/Muntah dan juga keletihan.
  • Early pregnancy cramps. Anda boleh merasa cramps disebabkan saiz embrio yang semakin membesar.
  • Kerap terasa ingin membuang air kecil dan angin.
  • Sangat sensitive terhadap bau.
  • Pening dan pernafasan semakin pendek.
  • Pertambahan berat badan.

Sunday, January 1, 2012

Kehamilan Minggu Ke-8

Salam.

Apa yang akan berlaku pada kandungan anda di minggu yang ke-8?

Bayi
  • Purata saiz embrio adalah lebih kurang 63 inci.
  • Deria rasanya mula terbentuk.

Ibu
Simptom-simptom kehamilan:
  • Loya/Muntah dan juga keletihan.
  • Early pregnancy cramps. Anda boleh merasa cramps disebabkan saiz embrio yang semakin membesar.
  • Kerap terasa ingin membuang air kecil dan angin.
  • Sangat sensitive terhadap bau.
  • Mungkin juga mengalami mimpi pelik. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Anda cuma perlu bertenang dan tidak terikut-ikut dengan mainan mimpi tersebut. Biasanya, apabila kandungan anda masuk trimester ke-3, lebih kerap berlaku.